Sebab Perlu Baca Karya 'The Art of War' oleh Sun Tzu (Seni Dalam Peperangan)

Sales & Promo
13 Aug 2024 • 3:30 PM MYT
Sue Oshin
Sue Oshin

Seorang surirumah, penulis dan penterjemah yang telah terbit naskhahnya,

Image from: Sebab Perlu Baca Karya 'The Art of War' oleh Sun Tzu (Seni Dalam Peperangan)
Foto oleh Sue Oshin

Karya ini juga tidak semestinya hanya dipraktikkan untuk dunia peperangan sahaja tetapi sangat relevan untuk diterapkan dalam kehidupan seharian dalam mengatur perjalanan hidup malahan juga dalam perniagaan dan politik. Dengan dunia yang berada di dalam arus pemodenan sekarang, ia sesuai dibaca untuk pelbagai golongan usia apatah lagi masyarakat tidak kira bangsa mahupun agama. Galilah ilmu apapun untuk memiliki hidup yang sihat hatta ia seluas lautan.

Pendekatan yang menarik dalam buku ini adalah taktik mengenali diri sendiri dan juga musuh. Terdapat tiga jenis taktik iaitu jika mengenali diri sendiri dan musuh, kita tidak akan gentar meskipun terpaksa menghadapi 100 peperangan. Sebaliknya, jika kita hanya mengenali diri sendiri tetapi tidak mengenali musuh, kemenangan akan berada dalam genggaman, akan tetapi kekalahan pula mula mengintai untuk memasuki peluang. Dan seandainya jika kita tidak mengenali diri sendiri apatah lagi musuh, mana mungkin kemenangan akan berpihak pada kita.

Karya terjemahan Seni Dalam Peperangan ini adalah dari kategori genre bukan fiksyen; sains kemanusiaan dan filosofi. Buku ini merangkumi 13 bab dan setiap bab dalam buku ini diterangkan strategi peperangan dan ketenteraan di zaman China purba pada dua ribu tahun yang lalu. Dalam artikel ini akan mengulaskan serba sedikit dari keseluruhan bab.

Image from: Sebab Perlu Baca Karya 'The Art of War' oleh Sun Tzu (Seni Dalam Peperangan)
Kredit Foto: The Bibliophile Bookshop

Sun Tzu merupakan seorang general yang berpangkat tinggi dan juga pakar strategi dalam ketenteraan dan peperangan. Sun Tzu mengatakan seni perang sangat diperlukan dan penting bagi negara begitu juga perlu dielakkan jika boleh. Baginya, peperangan adalah penentu untuk hidup dan mati serta jalan menuju keselamatan atau kehancuran. Oleh itu, seni perang ini telah diatur dengan lima faktor tetap yang harus dipertimbangkan dalam pertimbangan seseorang apabila ingin menentukan syarat-syarat dalam peperangan. 5 faktor tersebut adalah:

  • Undang-undang Moral; iaitu pemilihan orang yang benar-benar sesuai menurut/taat perintah tanpa menghiraukan kehidupan mereka serta tidak terganggu oleh bahaya yang mendatang.
  • Syurga; merangkumi malam dan siang, waktu dan musim serta sejuk dan panas.
  • Bumi; menandakan jarak,kecil dan besar, keselamatan dan bahaya samada laluan yang dilalui oleh tentera adalah laluan sempit atau terbuka begitu juga kemungkinan hidup atau mati.
  • Panglima; bermaksud kebajikan, keikhlasan, kebajikan, keberanian dan ketegasan.
  • Kaedah dan disiplin harus difahami dalam pengumpulan tentara dalam subbagiannya yang tepat, pengedaran pangkat di antara para tentera, penyelenggaraan jalan-jalan yang membolehkan bekalan sampai ke angkatan darat, dan pengendalian perbelanjaan ketenteraan.
Image from: Sebab Perlu Baca Karya 'The Art of War' oleh Sun Tzu (Seni Dalam Peperangan)
Kredit Foto: The Bibliophile Bookshop

Pendapat Sun Tzu, dalam setiap peperangan pasti ada dasar penipuan. Sebagai contoh apabila dapat menyerang, kita mesti kelihatan tidak mampu semasa menggunakan kekuatan, kita mesti kelihatan tidak aktif; apabila sudah dekat dengan musih, kita mesti buat musuh percaya bahawa kita berada jauh; ketika jauh, kita mesti buat mereka percaya bahawa kita sudah dekat. Pegang umpan untuk mengikat musuh serta berpura-pura terkena gangguan lalu menghancurkannya.

Sun Tzu berkata di dalam seni perang praktikal, perkara terbaik adalah menjadikan negara musuh maju-menghancurkan dan memusnahkan negara tersebut adalah tindakan yangg tidak begitu baik. Jadi, lebih baik menangkap seluruh pasukan daripada menghancurkannya seperti menguasai seluruh perusahaan daripada menghancurkan mereka. Oleh itu, untuk berjuang dan menakluki dalam semua pertempuran bukanlah kebanggaan tertinggi bahkan bentuk kepemimpinan tertinggi adalah dengan membongkar rancangan musuh; yang terbaik seterusnya adalah untuk mengelakkan persimpangan pasukan musuh yang seterusnya dengan menyerang tentera musuh.

Image from: Sebab Perlu Baca Karya 'The Art of War' oleh Sun Tzu (Seni Dalam Peperangan)
Kredit Foto: The Bibliophile Bookshop

Akhir kata, Sun Tzu ada memberikan pepatah "Sekiranya anda mengenal musuh dan mengenali diri anda sendiri, anda tidak perlu takut akan hasil dari seratus pertempuran. Sekiranya anda mengenali diri sendiri tetapi bukan musuh, kerana setiap kemenangan yang diperoleh anda juga akan mengalami kekalahan. Sekiranya anda tidak mengenal musuh atau diri anda sendiri, anda akan tunduk dalam setiap pertempuran."

Cubalah bacal karya ini sekali dalam seumur hidup anda. Pastinya, anda tidak akan menyesal kerana isi pentingnya sangat dekat dengan kehidupan kita untuk dipraktikkan. Tidak kira surirumah, ahli perniagaan, politik mahupun seorang pelajar, karya ini pasti memberikan manfaat luar biasa jika anda mampu memahaminya dengan baik.


Sue Oshin adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.