Sebab Ramai Protes, Park Sunghoon Tarik Diri Dari Drama ‘The Tyrant’s Chef’

EntertainmentMovie
12 Jan 2025 • 10:34 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas banyak perbincangan yang dilakukan, Park Sung-hoon nampaknya telah memilih untuk menarik diri dari drama “The Tyrant’s Chef”.

Terbaru, Studio Dragon mengumumkan selepas perbincangan yang mendalam antara pasukan produksi dan wakil Park Sung-hoon, keputusan telah dibuat bahawa ianya sukar untuk pelakon itu menyertai projek ini.

Pihak produksi menjelaskan,

Pelakon dan agensinya beberapa kali menyatakan permohonan maaf mereka mengenai kontroversi baru-baru ini dan kami telah membincangkan pelbagai syarat secara mendalam. Hasil perbincangan kami, pasukan produksi dan Park Sung-hoon memutuskan untuk meneruskan laluan yang berasingan.

image is not available

Bagi yang belum tahu, Park Sung-hoon sepatutnya berlakon dengan Yoon-a dalam drama “The Tyrant’s Chef” namun, disebabkan isu muat naik foto lucah di Instagram peribadinya, ramai menuntut agar pasukan produksi menggantikan lelaki itu dengan pelakon lain.

Sementara itu, Studio Dragon menambah bahawa pelakon baru dan jadual untuk sesi bacaan skrip masih belum ditentukan lagi setakat ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved