“Sebab saya kahwin 2 korang kena marah” – Abang Tesla Mohon Maaf Kepada Para Suami

Entertainment
21 Aug 2023 • 4:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isu poligami sering menjadi bualan hangat orang ramai kerana isu tersebut amat sensitif terhadap kaum wanita.

Kecoh di media sosial mengenai seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Abang Tesla yang berkongsi sebuah video memujuk isteri pertama untuk bernikah buat kali kedua.

Susulan video yang mencetus pelbagai reaksi netizen itu, ramai kaum wanita yang berang dengan tindakannya untuk berpoligami sehinggakan ada yang membuat video telah menjadi ‘mangsa’ bebelan isteri.

Sehubungan itu, Abang Tesla menerusi perkongsian video terbaharu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua kaum lelaki yang terkena tempias berikutan video perkahwinannya.

“Saya minta maaf kepada kaum lelaki, saya nampak disebabkan video saya ramai yang kena marah dengan isteri. Hari ini tak boleh keluar rumah la… hari ini dengar lagu Kau Tigakan Cintaku.

“Sebab saya berkahwin dua, anda semua dimarah,” katanya.

Namun, video berdurasi 44 saat itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang masih tidak berpuas hati dengan tindakannya walaupun pempengaruh itu menegaskan bahawa isteri pertamanya reda dengan perkahwinan itu.

image is not available

Tambahan pula, ia menjadi masalah apabila pempengaruh tersebut melakukannya sebagai konten yang menjurus kepada komen negatif berbading komen yang membina.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.