“Bila kita curang, akan rosakkan hubungan & bisnes” – Video Lama Abang Tesla Kembali Tular

Entertainment
21 Aug 2023 • 3:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pempengaruh yang terkenal dengan gelaran Abang Tesla kini menjadi buah mulut netizen atas perkongsian dan tindakannya memujuk isteri pertama seusai solat subuh untuk memadukan wanita itu.

Ia telah mengundang kemarahan orang ramai sampaikan selebriti seperti Nabila Huda dan Shila Amzah pun naik angin. Malah, amarah netizen nampaknya masih belum berpenghujung apabila akaun platform X @TikTokBerguna selongkar balik video lama Abang Tesla ‘tarbiahkan’ lelaki yang pasang hasrat untuk kahwin lebih.

Dalam video tersebut, Abang Tesla membawa isterinya yang sedang merajuk keluar di pusat membeli belah dan menunjukkan dia belanja isterinya. Di bahagian pengakhiran video itu, Abang Tesla memberikan nasibat kepada para lelaki agar setiasa kepada isterinya dan menyangkal mana-mana lelaki yang berhasrat kahwin lain.

“Kalau aku nak kahwin 2,3 memang mampu sangat. Tapi kita sebagai lelaki hanya setia pada yang satu sebab bila kita berlaku curang ia akan merosakkan, iaitu merosakkan hubungan dan merosakkan bisnes.”

Dalam masa 3 jam ia dimuatnaik, video ini telah merain lebih 400 perkongsian. Malah dapat dilihat banyak komen yang ditinggalkan netizen berkenaan video tersebut.

Tak nak cakap lebih-lebih, takut kena kecam…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.