“Sebab Tahu, Dia Saja Seorang Lelaki Ada Dalam Hidup Adiknya” – Datin Patimah Puji Sikap Syaikhul

Entertainment
17 Mar 2023 • 12:04 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Datin Patimah Syaikhul

Sejak kemelut rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah berlaku, boleh dikatakan ibu kepada pengarah terbabit iaitu Datin Patimah Ismail sering memuat naik hantaran di Instagram Story menunjukkan dirinya sokong menantunya berbanding anaknya sendiri.

Terbaru! Datin Patimah ada berkongsikan satu posting di IG Story menunjukkan gambar cucu sulungnya, Syaikhul Islam yang merupakan anak lelaki pasangan selebriti tersebut.

Isteri kepada Datuk Yusof Haslam telah memuji Syaikhul kerana pandai menjaga adik perempuannya, Sumaiyah.

image is not available

Sebelum ini, Puteri Sarah memberitahu bahawa Datin Patimah telah menawar diri untuk menjadi pencelah dan saksi dalam krisis rumah tangganya.

Difahamkan, Datin Patimah mahu menjadi pencelah kerana dia lebih tahu kemelut yang berlaku sepanjang krisis terjadi memandangkan Syamsul dakwa Sarah nusyuz dan keluar rumah tanpa izin suami.

Kredit: Instagram Datin Patimah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media