“Sebab You Selebriti, I Orang Biasa-Biasa Je..” – Fizi Woo

LocalWomen's Fashion
10 Jul 2025 • 10:29 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kontroversi mengenai persamaan busana perkahwinan antara Ezlisa Loy dan Ally Mukhriz terus hangat diperkatakan apabila netizen mengaitkan beberapa hantaran daripada kakak Ezlisa, Elfira Loy, serta pereka fesyen terkenal, Fiziwoo, di platform Threads.

Semalam, Elfira memuat naik satu status yang seolah-olah menyatakan rasa kecewanya terhadap individu tertentu yang dianggap merosakkan suasana.

image is not available

“What a joy killer. Patutlah kawan dengan…,” tulis Elfira tanpa menyebut nama sesiapa.

Hari ini pula, Hafizi Woo atau lebih dikenali sebagai Fiziwoo turut menarik perhatian dengan beberapa hantaran di platform sama.

“Sebab you celebrity? I orang biasa-biasa je,” tulisnya dalam salah satu status.

image is not available

Dalam satu lagi hantaran, Fiziwoo menekankan pentingnya hubungan saling percaya antara pereka dan pengantin dalam proses mereka busana perkahwinan.

Merekabentuk busana perkahwinan sepatutnya menjadi perjalanan yang sakral dan tenang. Ia mencerminkan cinta, identiti serta kepercayaan antara pengantin dan pereka.

Bukan sesuatu yang sepatutnya disertai dengan kebimbangan, penjelasan atau kawalan kerosakan. Jika anda perlu jelaskan naratifnya, mungkin cerita itu bukan milik anda sejak awal.

Untuk makluman, Ezlisa tampil mengenakan busana songket biru lembut hasil rekaan Samm Republic ketika majlis persandingannya baru-baru ini. Namun, segelintir netizen mendakwa ia hampir menyerupai busana yang pernah digayakan Ally Mukhriz lima tahun lalu yang direka oleh Fiziwoo.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Ezlisa menjelaskan bahawa inspirasi busananya sebenarnya datang daripada pereka Filipina terkenal, Michael Cinco.

Isu ini kembali diperkatakan selepas Fiziwoo memberi reaksi terhadap foto perkahwinan Ally yang dimuat naik semula oleh Ally sendiri di Instagram.

“Masih menjadi rekaan yang paling saya banggakan. Penampilan yang sangat ikonik. Mereka masih cuba untuk menirunya selepas separuh dekad,” tulisnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"What A Joykiller, Patutlah Kawan Dengan.." - Busana Kahwin Ezlisa Loy Didakwa Tiru Gaya Ally Mukhriz, Elfira Loy Bersuara