“Saya Tak ‘Bitter’ Pun” – Ally Mukhriz Bersuara Isu Baju Sanding, Doakan Kebahagiaan Ezlisa Loy

EntertainmentLifestyle
10 Jul 2025 • 12:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, iaitu Ally Mukhriz akhirnya bersuara mengenai kontroversi busana perkahwinan yang dikatakan mirip dengan pelakon Ezlisa Loy.

Menurut Ally, dia langsung tidak menyangka busana yang digayakannya lima tahun lalu kembali menjadi perhatian dan mencetuskan perbandingan di media sosial.

image is not available

Saya langsung tak ‘bitter’. Dan betul apa yang awak katakan, saya memang ditag dan dihantar posting tersebut. Tetapi saya tidak bayangkan ia akan menjadi seperti ini.

Dalam pada itu, Ally turut menitipkan doa buat Ezlisa agar bahagia dalam fasa perkahwinan yang baru dilaluinya.

Saya doakan Ezlisa bahagia dalam fasa baharu kehidupannya. Songket biru itu jelas merupakan rekaan klasik yang tidak lapuk oleh waktu.

Terdahulu, netizen mempersoalkan persamaan antara busana perkahwinan Ezlisa dan Ally — terutamanya dari segi tona warna biru lembut dan perincian merah jambu.

Untuk makluman, busana Ezlisa merupakan hasil rekaan Samm Republic manakala busana Ally direka oleh pereka tersohor Fizi Woo. Ezlisa turut menjelaskan bahawa rekaannya diinspirasikan daripada sentuhan pereka Filipina, Michael Cinco.

Menjelaskan lebih lanjut, Ally berkata perkongsiannya di media sosial hanyalah untuk mengimbau momen bahagia hari perkahwinannya dan bukan untuk membandingkan siapa yang lebih menyerlah.

Ia tidak pernah dimaksudkan sebagai satu hantaran ‘siapa pakai lebih cantik’. Kedua-dua pereka dan pengantin jelas mengambil inspirasi daripada rujukan yang serupa dan menghasilkan busana yang kami berdua suka. Saya hanya sekadar mengimbau kenangan, itu sahaja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"What A Joykiller, Patutlah Kawan Dengan.." - Busana Kahwin Ezlisa Loy Didakwa Tiru Gaya Ally Mukhriz, Elfira Loy Bersuara