“Semua Bride Nak Nampak Cantik, Bukan Nak Masuk Pertandingan Baju Kahwin Siapa Paling Lawa” – Elfira Loy

EntertainmentLifestyle
10 Jul 2025 • 11:30 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, kecoh di platform media sosial mengenai topik busana perkahwinan adik pelakon, Elfira Loy iaitu Ezlisa Loy yang didakwa telah meniru baju perkahwinan cucu mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir iaitu Ally Mukhriz.

Tak tiru baju pengantin Ally Mukriz

Difahamkan, pada majlis perkahwinan Ezlisa, baru-baru ini, dia telah memakai busana songket berwarna biru muda yang disulami dengan manik merah jambu hasil rekaan pereka fesyen dikenali ramai iaitu Samm Republic.

image is not available

Tidak lama kemudian, Ally Mukriz memuat naik foto dirinya memakai baju pengantin rekaan Fizi Woo yang dipakai di majlis perkahwinannya lima tahun lalu dan hantaran tersebut raih perhatian ramai susulan netizen menuduh adik Elfira meniru baju pengantin Ally.

‘Bukan nak masuk pertandingan baju kahwin siapa paling lawa..’

Enggan mendiamkan diri, Elfira tampil mempertahankan adiknya dengan memuat naik hantaran sindirin di platform Threads, malah dia turut ada meninggalkan komen di hantaran Ezlisa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ezlisa Loy (@ezlisaaloy)

Apa-apa pun tujuan dia nak nampak cantik sahaja. Setiap pengantin nak nampak cantik. Bukan nak masuk pertandingan baju siapa paling cantik dan nombor satu.

Sekadar info, Ezlisa Loy selamat bergelar seorang isteri pada 29 Jun 2025 lalu bersama lelaki pilihan hatinya iaitu Hafiz Azizi.

image is not available 2 hours ago

"Sebab You Selebriti, I Orang Biasa-Biasa Je.." - Fizi Woo