Sebabkan gangguan di tempat kerja tunang: Lelaki didenda RM25

LocalPolitics
3 Sep 2024 • 2:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Lelaki berusia 45 tahun yang menyebabkan gangguan di tempat kerja tunangnya dengan memukul cermin premis itu menggunakan tukul didenda RM25 atau dipenjara sehari jika gagal membayar denda itu.

Eddy James @ John mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, terhadap pertuduhan pindaan yang dihadapinya pada Isnin.

Dia melakukan gangguan itu pada jam 12.15 tengah hari pada 26 Dis 2023 di Welcome Reflexology di Inanam Taipan, Inanam, di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 8 (G) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Sabah itu memperuntukkan hukuman denda RM25.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Semasa mitigasi, Eddy yang tidak diwakili merayu hukuman ringan.

Ketika ditanya oleh mahkamah mengapa dia melakukan perbuatan itu, yang mana Eddy berkata kerana pada hari tersebut, dia menghantar teks WhatsApp kepada tunangnya tetapi tiada jawapan daripadanya.

Sebelum menjatuhkan hukuman itu, mahkamah menasihatkan Eddy supaya tidak melakukan sebarang masalah dengan sesiapa lagi walaupun dia mempunyai masalah peribadi kerana perbuatan itu menimbulkan gangguan dan ketakutan kepada orang lain.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Sofia Sawayan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal atas alasan Eddy bertindak agresif bukan sahaja kepada pengadu (tunang) tetapi juga orang ramai di tempat kerjanya.

Tambahnya, pengadu dan mereka yang berada di tempat kejadian berasa terancam dan takut disebabkan oleh perbuatan Eddy.

Sofia turut memaklumkan mahkamah bahawa Eddy menggunakan tukul ketika melakukan perbuatan tidak rasional itu di tempat kerja.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.