“Sebagai bakal Imam DSV, saya akan usahakan…” – Datuk Fazley Mohon Maaf Isu Konten Kurang Sesuai

LocalEntertainment
20 Aug 2026 • 3:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft fazley

Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil memohon maaf atas keterlanjurannya dalam memuat naik kandungan bersama usahawan Datuk Seri Vida (DSV) yang telah membuatkan ramai berasa kurang selesa.

Menerusi Threads, dia tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak mahupun menimbulkan sebarang spekulasi, sebaliknya hanya ingin kongsikan momen tertentu dan katanya, pihaknya akan memperhalusi setiap kandungan yang bakal dimuat naik pada masa akan datang.

Artikel berkaitan : Dipertikai Kerana Bersentuhan Semasa Berubat, Ada Netizen Dakwa DSV & Datuk Fazley Dah Kahwin?

Artikel berkaitan : “Nasihat ambe nikah lah” – PU Syed Tegur Adegan Mesra DSV & Dato’ Fazley

“Terima kasih yang mendoakan DSV, alhamdulillah dia dah pulih dan baik-baik sahaja. Tentang paparan yang kurang sesuai untuk tatapan umum tu, mohon maaf bagi pihak team content kami.”

“Tidak ada niat untuk menyinggung mana-mana pihak atau timbulkan spekulasi distruktif. Keterujaan team untuk berkongsi momen-momen tertentu akan diperhalusi untuk masa-masa akan datang.”

Screenshot 2026 08 20 151754

Sebagai seorang yang bakal menjadi’ imam’ kepada DSV kelak, dia juga akan berusaha untuk memastikan perkara yang dikongsikan nanti lebih mencerminkan contoh yang baik.

“Saya sebagai ‘bakal Imam’ DSV akan usahakan agar ianya lebih mencerminkan contoh yang baik. Terima kasih semua! Doakan kami! Cuma part DSV gelak saya tak boleh tolong tau, sebab saya suka!” 

Sebelum ini, keakraban di antara DSV dan Fazley menjadi perhatian selepas netizen dapat ‘menghidu’ kemesraan mereka di media sosial. Bagaimanapun, kemesraan mereka itu dianggap agar keterlaluan kerana bagi netizen, mereka masih belum ada ikatan sah sebagai pasangan suami isteri.

Sumber: Gempak

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved