Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Satu video kini sedang tular memaparkan penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley dan usahawan terkemuka, Datuk Seri Vida (DSV) dikatakan sedang dalam sesi ‘berubat’.
Dalam video tersebut, dilihat Datuk Fazley seolah-olah sedang melakukan ruqyah ke atas DSV, malah Datuk Fazley juga dilihat memakai sepersalinan songket lengkap.
Artikel berkaitan : DSV Anggap Ada Persamaan Dengan Azar Azmi, Akui Salah Pilih Pasangan
Artikel berkaitan : “Rahsianya, sayang?” – Datuk Fazley Tersasul Guna Panggilan Manja, DSV Dilihat Makin Berseri-seri
Video tersebut menjadi tumpuan netizen dan mengundang pelbagai reaksi yang mana rata-rata menegur tindakan mereka berdua bersentuhan kerana diketahui ramai mereka masih belum ada ikatan sah sebagai suami isteri.
@matchalattee.ea Dengr” Ramai Yang Mual Masa Dfy Baca Ayat Ruqyah #Didalavida #datoserivida #datofazley #4u #fyp
Bagaimanapun, terdapat beberapa komen yang menjadi tumpuan apabila ada yang mendakwa bahawa mereka berdua sebenarnya telah berkahwin.

Bagaimanapun masih belum ada pengesahan secara rasmi daripada kedua-dua belah pihak berhubung dakwaan netizen tersebut.
Sumber: TikTok
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.






