Windows 10 Dan Windows 11 Kini Mempunyai Ciri Seakan AirDrop Melalui Phone Link

TechnologyDigital
16 Aug 2024 • 11:01 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas Google memperkenalkan Quick Share (versi awal Nearby Share) pada peranti Android sebagai jawapan kepada AirDrop oleh Apple pada iPhone, saya mula tertanya bagaimana pula dengan telefon Android dan Windows? Akhirnya ia menjadi realiti melalui Phone Link.

image is not available

Jika anda mempunyai peranti Android 9.0 dan ke atas dan menggunakan Phone Link, mana-mana fail dalam peranti Windows 10 (dengan kemas kini Mei 2019 ke atas) atau Windows 11 boleh terus di hantar dengan mudah. Saya hanya pilih fail, tekan kongsi dan ia sudah tersimpan dalam folder Send from my PC. Menghantar fail 10GB pun tiada masalah, cuma ia bergantung kepada kepantasan sambungan Internet.

image is not available

Sama juga pada peranti Android, pilih fail dan kongsi kepada Phone Link untuk menghantarnya ke PC anda. Satu masalah yang saya hadapi adalah, kedua-dua peranti Android dan Windows tidak memaparkan status pemindahan fail. Fail kecil tiada masalah tetapi fail besar agak sukar untuk tahu ia sudah selesai atau belum. Jika anda berminat, pastikan aplikasi Link to Windows pada Android adalah versi 1.24032.518.0 dan Phone Link versi 1.24032.156.0 pada peranti Windows.