
Sebahagian Siling Skybridge KLIA Terminal 2 Runtuh Akibat Cuaca Buruk – MAHB
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) — Sebahagian kecil siling di Aras 3 Balai Berlepas Skybridge Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 runtuh akibat cuaca buruk, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.
Menerusi hantaran di X, MAHB memaklumkan kerja-kerja memperbaiki kerosakan sedang dijalankan dan kawasan tersebut ditutup hingga kerja-kerja berkenaan serta pemeriksaan keselamatan selesai.
“Sila elak kawasan yang ditutup untuk keselamatan anda. Jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi Duta Airport CARE kami,” menurut MAHB.
Sumber: Bernama
The post Sebahagian Siling Skybridge KLIA Terminal 2 Runtuh Akibat Cuaca Buruk – MAHB appeared first on Siakap Keli.


