
Selepas sekian lama berdepan dengan isu kebakaran hutan, bumi Kalimantan kembali dituruni hujan di beberapa kawasan semalam.
Hujan Turun, Anggota Bomba Sujud Syukur
Dalam satu video tular, memaparkan momen sebak anggota bomba dan sukarelawan sujud syukur ketika hujan mula membasahi beberapa kawasan di Kalimantan Selatan.
Reaksi pasukan dan wira-wira berkenaan jelas terpampang dengans setiap titisan hujan ibarat membawa seribu satu kelegaan buat mereka yang bertungkus-lumus memadamkan api.
Dalam masa yang sama, ia juga memberikan peluang kepada penduduk untuk kembali menghirup kembali udara yang lebih bersih.
Walau bagaimanapun, perjuangan dalam menangani masalah yang dihadapi itu belum berakhir.
Beberapa kawasan di Kalimantan masih bergelut memadamkan kebakaran yang belum dapat dikawal sepenuhnya.
Menurut laporan detik.com, beberapa kawasan di Kalimantan Selatan dilaporkan hujan setelah mengalami kemarau panjang.
Hujan lebat berkenaan turut membawa angin kencang sehingga berlaku beberapa insiden pokok tumbang.
Baca juga:
Macam Mana Langit Boleh Bertukar Oren Ketika Jerebu? Ini Yang Perlu Anda Tahu
Api Kalimantan Masih Marak & Langit Bertukar Oren, Netizen Indonesia Gesa “Jangan Berhenti Bahas”
Terdahulu, tular situasi jerebu teruk yang melanda di wilayah berkenaan sehingga mengakibatkan jarak penglihatan sangat terhad.
Malah, beberapa perkongsian di media sosial menunjukkan asap tebal masih menyelubungi kawasan tertentu sehingga suasana langit kelihatan kemerahan dan oren.
Dalam keadaan itu, beberapa netizen Indonesia menggesa orang ramai supaya tidak berhenti bercakap mengenai kebakaran tersebut kerana kesannya masih dirasai penduduk di kawasan terjejas.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Di saat para petugas bertungkus lumus memadam kebakaran, api akan muncul lagi di kawasan-kawasan lain.
Sebelum ini, pihak berkuasa memaklumkan bahawa kebakaran tersebut dijangka berlarutan sehingga awal November depan.



