Sebak lepaskan puteri sulung, Faizal Ismail menangis terima menantu

10 Jul 2026 • 1:19 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Sebak lepaskan puteri sulung, Faizal Ismail menangis terima menantu

PENYAMPAI radio terkenal, Faizal Ismail atau lebih mesra disapa FBI selamat menerima kehadiran ahli baharu dalam keluarga selepas anak sulungnya, Nur Khairina Iman, sah bergelar isteri.

Nur Khairina Iman, 26, atau Kayna selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan hatinya, Haziq Zuhaimi dalam sebuah majlis di sebuah masjid di Cyberjaya pada Jumaat.

Menerusi perkongsian video majlis ijab kabul tersebut di instagram Zayan, Faizal sendiri bertindak sebagai wali.

Image from: Sebak lepaskan puteri sulung, Faizal Ismail menangis terima menantu

Haziq dengan sekali lafaz sah menjadi suami kepada Nur Khairina dengan mas kahwin berjumlah RM7,777 tunai.

Pasangan mempelai anggun memakai sepersalinan putih manakala keluarga Faizal pula sedondon rona kuning pastel.

Image from: Sebak lepaskan puteri sulung, Faizal Ismail menangis terima menantu

Majlis yang berlangsung dengan penuh hiba dan syahdu itu turut mmenyaksikan titisan air mata kegembiraan.

Momen paling menyentuh hati apabila Faizal dilihat tidak dapat menahan sebak lalu menitiskan air mata ketika puteri sulungnya itu datang bersalaman dan memeluknya erat. 

Image from: Sebak lepaskan puteri sulung, Faizal Ismail menangis terima menantu

Hubungan akrab antara bapa dan anak sulung jelas terpancar, membuatkan rata-rata netizen turut tumpang hiba menyaksikan detik bermakna tersebut.

Meninjau ke ruangan komen di media sosial, rata-rata rakan artis dan para peminat tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah.

Untuk rekod, Faizal Ismail mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Azlina Ahmad Din, dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Khairina Iman, Muhammad Khalish Iman, Khayla Nur Iman dan Qalisya.

Sumber: Instagram Zayan

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved