“Terima Kasih Isteriku Terima Lelaki Yang Gagal Segalanya” – Datuk Red Titip Ucapan Manis Buat Rohanita

3 Jul 2026 • 2:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Usahawan Datuk Red kembali bergelar suami selepas selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Rohanita, dalam sebuah majlis tertutup yang dipercayai berlangsung di ibu negara hari ini.

Red atau nama sebenarnya Adnan Abu, 46, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 dan dilihat mengenakan busana lengkap berwarna putih, sedondon dengan isterinya.

Advertisement

Menerusi sebuah hantaran di TikTok, Red turut memuat naik video romantis berpegangan tangan bersama Rohanita, 35, yang kini sah bergelar isterinya.

Dalam kapsyen hantaran tersebut, Red meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan Rohanita yang memahami serta menerima segala kekurangannya.

“Dia tahu susahku, kekuranganku dan kebencian orang terhadapku. Tapi dia memilih untuk tidak pergi.”

“Terima kasih isteriku menerima lelaki yang gagal segala-galanya. Sayang Rohanita hingga akhir hayatku,” katanya.

Ruangan komen hantaran itu turut dibanjiri ucapan tahniah daripada netizen yang mendoakan agar perkahwinan pasangan berkenaan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Terdahulu, Red bercerai talak satu dengan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim atau Datin Red, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 13 Mei 2024.

“Alhamdulillah” – Datuk Red Sah Bergelar Suami Kepada Rohanita Dalam Majlis Sederhana

Tidak lama kemudian, Red turut bercerai talak satu dengan penyanyi Adira Suhaimi pada penghujung April 2024.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan bersama Adira, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Terima Kasih Isteriku Terima Lelaki Yang Gagal Segalanya” – Datuk Red Titip Ucapan Manis Buat Rohanita2026-07-03 12:16:56

“Alhamdulillah” – Datuk Red Sah Bergelar Suami Kepada Rohanita Dalam Majlis Sederhana

The post “Terima Kasih Isteriku Terima Lelaki Yang Gagal Segalanya” – Datuk Red Titip Ucapan Manis Buat Rohanita first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved