“Sebak tengok” – [VIDEO] Netizen Terharu Lihat Jururawat Bantu Sikat Rambut & Lap Badan Pesakit

Entertainment
8 Mar 2023 • 5:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menjadi seorang jururawat bukanlah sesuatu pekerjaan yang mudah, bukan sahaja mereka menjadi tulang belakang doktor malah mereka perlu memastikan pesakit-pesakit berada dalam keadaan yang baik.

Sebuah video memaparkan kemuliaan hati seorang jururawat telah tular di media sosial TikTok, jururawat tersebut dilihat menyikat rambut pesakit yang sedang terlantar di atas katilnya.

Perkongsian pengguna TikTok @harizkasin itu meruntun jiwa ramai netizen, difahamkan pesakit itu sudah terbaring selama tiga hari dan jururawat berkenaan menguruskan pesakit tersebut dengan menukar lampin, mengelapkan badan serta menyikatkan rambut pesakit itu.

Difahamkan, situasi yang mengharukan itu berlaku di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

“Untung dapat nurse macam ni”

Rata-rata netizen memuji tindakan murni jururawat tersebut, malah ramai yang turut berkongsi pengalaman mereka berada di hospital yang sama dan sebilangan besar mengakui kebanyakan jururawat di situ sangat baik hati.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat lebih 280K tontonan serta lebih 400 komen.

Semoga akak nurse sentiasa diberkati!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.