Sebanyak 31,600 Kuota Tersedia Untuk Bakal Haji Malaysia 2024

10 Jan 2024 • 12:23 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Alhamdulillah, kerajaan Arab Saudi sudahpun mengeluarkan jumlah kuota jemaah haji Malaysia bagi tahun 2024 iaitu sebanyak 31,600 jemaah.

Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar di mana jumlah itu sama dengan tahun lepas.

Dalam pertemuan bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah, antara perbincangan adalah kandungan memorandum berkaitan aturan pengurusan jemaah haji meliputi urusan penerbangan, penginapan serta penyediaan makan minum jemaah haji sepanjang urusan menunaikan ibadat haji di Tanah Suci.

Segala perkara sudahpun dibincangkan termasuklah persediaan pengurusan kesihatan jemaah haji sepanjang berada di sana. Semoga nama kita tersenarai untuk menjalankan ibadah Haji.

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.