Sebelah Tangan Pegang Beg Sekolah, Bapa Tunggang Motosikal Bersama Dua Anak Undang Sebak

6 Aug 2025 • 12:15 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kadang-kadang, kasih sayang seorang ayah tak perlu diungkap dengan kata-kata. Sebuah video ringkas yang dimuat naik oleh akaun TikTok @amikifav.songs sudah cukup membuat ribuan hati tersentuh.

image is not available

Foto: TT amikifav.songs

Dalam video itu, kelihatan seorang lelaki menunggang motosikal di sebuah persimpangan lampu isyarat bersama dua anak perempuannya. Seorang duduk di hadapan, seorang lagi di belakang, kedua-duanya masih lengkap berpakaian seragam sekolah.

Namun yang membuat ramai sebak adalah tindakan si ayah yang memegang kedua-dua beg sekolah anaknya dengan sebelah tangan, manakala sebelah lagi digunakan untuk mengawal hendal motosikal.

image is not available

Foto: TT amikifav.songs

Sekilas pandang mungkin ia kelihatan biasa, tetapi bagi yang memahami erti pengorbanan, momen itu sarat dengan kasih dan tanggungjawab yang tak ternilai.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet memuji perjuangan seorang bapa yang sanggup memikul beban, bukan sekadar beg sekolah anaknya, tetapi juga amanah dan masa depan mereka.

Pengorbanan seorang ayah

image is not available

Jalankan tanggungjawab kerana Allah

image is not available

Video berdurasi beberapa saat itu mungkin berakhir sebaik lampu bertukar hijau, namun mesejnya kekal lama di hati ribuan yang menontonnya.

Sumber: Tiktok @amikifav.songs

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved