“Sebelum itu puk*l orang lain” – Tular Video Wanita Dil*mpang Seorang Lelaki, Ini Rupanya Kisah Sebenar

2 Nov 2026 • 4:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 50

Tular di media sosial sebuah video memaparkan tindakan seorang bapa yang bertindak melempang seorang wanita tidak dikenali selepas wanita berkenaan difahamkan telah bertindak agresif terhadap anak-anaknya di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, semalam.

Menerusi satu temubual di Kool FM bersama bapa berkenaan yang dikenali sebagai Hafizuddin, beliau mendedahkan bahawa tindakan tersebut diambil selepas dua orang anaknya yang berusia dua dan tujuh tahun menjadi mangsa kekerasan wanita terbabit ketika mereka hadir ke acara Pokemon di mall berkenaan.

Artikel berkaitan: “Saya pernah kena lempang sampai terjatuh” – Syed Saddiq Dedah Pengalaman Dibuli, Jadi Sasaran Kerana Berbadan Kecil

Artikel berkaitan: Budak 7 Tahun Didakwa Kena Lempang Dengan Ustazah Sampai Pipi Bengkak, Gara-gara Tak Jumpa Surat Dalam Beg

Menurut Hafizuddin, kejadian berlaku sewaktu anak lelakinya yang baru sahaja pulih daripada demam teruja mahu mengumpul cop Pokemon, sebelum ditolak oleh wanita terbabit sehingga terjatuh ketika mereka sedang berjalan.

 

View on Threads

 

Bukan itu sahaja, wanita berkenaan yang dipercayai telah menampar seorang kanak-kanak lain serta seorang wanita bertudung sebelum itu, turut bertindak memukul kepala anak perempuan Hafizuddin yang baru berusia dua tahun sehingga terjatuh.

“Dia jenis yang lempang, kemudian terus berjalan. Kejadian itu berlaku di belakang saya dan saya tidak menyedarinya.

Selepas itu, saya berjalan bersama anak-anak. Anak lelaki ke kanan, manakala anak perempuan ke kiri.

Saya terdengar bunyi seperti budak terjatuh, lalu menoleh ke arah anak lelaki. Dia sudah bangun dan memandang wanita itu dengan wajah kehairanan,” katanya

Menceritakan detik cemas tersebut, Hafizuddin memberitahu bahawa wanita terbabit bertindak menjerit meminta polis serta menuduhnya gila selepas dia cuba mendapatkan penjelasan di lokasi kejadian.

Susulan pertengkaran itu, Hafizuddin bersama dua lagi individu yang menjadi mangsa telah dipanggil ke bilik pengurusan pusat membeli-belah berkenaan untuk memberikan keterangan, dan pihak polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung insiden terbabit.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved