“Sebuah cerita indah..” – Shuib titip ucapan romantik buat Watie sempena ‘anniversary’ kedua

EntertainmentLifestyle
24 Jun 2025 • 1:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelawak dan usahawan, Shuib titip ucapan romantik buat isterinya, Watie Hanifiah sempena ulang tahun perkahwinan ke-2 mereka, semalam.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad di laman Instagramnya, dia menyifatkan kehadiran Watie dalam kehidupannya adalah rahsia Tuhan yang paling berharga.

Shuib titip ucapan romantik

image is not available

“Rahsia Tuhan.

“Alhamdulilah ulang tahun perkahwinan yang kedua. Sebuah cerita indah, kesayangan dunia dan akhirat. Insya-Allah,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.

Shuib titip ucapan romantik

image is not available

Semoga terus berbahagia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mendoakan agar pasangan bagai merpati dua sejoli itu terus berbahagia hingga ke jannah bersama anak-anak tersayang.

image is not available image is not available image is not available

Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Watie pada 23 Jun 2023.

Sebelum ini, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad pernah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah. Namun, penyanyi itu meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.

image is not available

Sumber: Instagram @Shuibsepahtu