Oppo Reno9 A Dilancarkan – Sebuah Lagi Peranti Dengan Cip Snapdragon 695

TechnologyDigital
14 Jun 2023 • 3:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meskipun sudah memasuki siri kesepuluh, namun langsung tidak menghalang Oppo untuk menambah pilihan baharu untuk peranti di bawah siri Reno 9. Melaluinya Oppo Reno 9A telah diperkenalkan secara rasmi tetapi sekadar terhad untuk pasaran Jepun sahaja.

image is not available

Ia dipasarkan sebagai sebuah peranti berspesifikasi pertengahan dengan sokongan 5G terbina. Cip Snapdrgon 695 digunakan di sini dengan gabungan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Tubuhnya pula sejenis berkotak dengan sisi rata yang didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Night Black dan Moon White.

image is not available

Skrin adalah sebesar 6.4-inci AMOLED yang juga menyokong resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Dalam pada itu sistem tri–kamera utama 48MP (utama) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro), kamera swafoto 16MP dan bateri dengan pengecasan 18W turut boleh ditemui pada peranti ini. Peranti ini dijual pada harga 42,545 Yen (~RM1,404) sebuah.