Sebuah rumah musnah, dua rosak teruk kebakaran di Papar

11 Dec 2023 • 4:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PAPAR: Sebuah rumah musnah manakala dua lagi rosak teruk dalam kebakaran di Taman Nagapas, di sini, Ahad.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, sepasukan 12 anggota diketuai Ketua Balai Bomba Rozlan Osman bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 2.15 pagi.

Sejurus tiba di lokasi, katanya, pasukan itu segera menjalankan operasi mengawal kebakaran bagi mengelak ia merebak ke rumah lain.

Rumah pertama musnah dalam kebakaran manakala dua lagi rosak teruk, namun keadaan dapat dikawal pada jam 3.25 pagi, katanya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu sementara siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kebakaran.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.