Secara Praktikal, BIGBANG Mencipta BTS – Suga Dedah Kepada Taeyang, Mereka Adalah Peminat Kumpulannya 

Music
20 Jan 2023 • 6:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Suga dari BTS dan Taeyang dari BIGBANG. - Gambar Instagram

BTS telah menjadi ikon Kpop di seluruh dunia, dan sukar untuk menafikan bahawa mereka sendiri yang bertanggungjawab untuk menyebarkannya secara global.

Sungguhpun begitu, ahli-ahli BTS tetap merendah diri dan tidak lupa dengan mereka yang lebih dahulu membuka jalan untuk kemasyhuran mereka di hadapan. Antara kumpulan Kpop yang meninggalkan kesan buat mereka, sudah tentulah BIGBANG. 

image is not available
Suga BTS - Gambar Instagram Suga

Dalam episod ketiga program Suga yang ditayangkan di saluran YouTube, Bangtan TV semalam, ahli kumpulan BTS ini telah mengundang Taeyang sebagai tetamunya. 

Dan sebaik sahaja Taeyang tiba, penonton dapat melihat sendiri betapa hormatnya Suga kepada senior artisnya itu. 

Dari saat awal wawancara lagi, Suga mengakui bahawa dia telah menjadi peminat tegar BIGBANG sejak berada di sekolah menengah. Dia juga menambah: "Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa secara praktikal, BIGBANG telah mencipta BTS. "

image is not available
Taeyang BIGBANG - Gambar Instagram Taeyang

Untuk menekankan betapa BIGBANG bermakna kepada kewujudan dan perkembangan BTS, Suga telah berkongsi cerita tentang kisah di sebalik ulang tahun ke-20 Jungkook.

Kata Suga, seluruh kumpulan itu keluar minum dan karaoke untuk meraikannya, dan mereka akhirnya menyanyikan single hit BIGBANG iaitu "BANG BANG BANG" sebanyak seratus kali!

Tambahnya lagi, kumpulan itu sangat menyukai BIGBANG sehingga mereka mengingati keseluruhan koreografi lagu itu. Kami bayangkan BTS menarikan lagu Bang Bang Bang!

image is not available
Taeyang dan Jimin (BTS) berkolaborasi dalam single Vibe. - Gambar Instagram

Tersentuh dengan kata-kata Suga, Taeyang dan kemudian mendedahkan bahawa perjalanan dan kejayaan BTS juga telah mencetuskan  inspirasi buatnya. 

Begitulah bahagianya Suga apabila dapat bertemu dengan salah seorang daripada idolanya, dan momen itu juga turut menyentuh hati peminat.

Dalam perkembangan lain, Taeyang baru sahaja muncul dengan single terbaharunya, 'Vibe' menampilkan Jimin BTS sebagai penyanyi undangan  – Getaran, 20 Januari 2023