‘Sedap sangat’ – Negaraku versi Siti Nurhaliza ‘meremang’ di MotoGP

LocalMusic
1 Nov 2026 • 4:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Sedap sangat’ – Negaraku versi Siti Nurhaliza ‘meremang’ di MotoGP

PETALING JAYA – Acara Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini menyaksikan satu detik bersejarah apabila Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza diberi penghormatan menyampaikan lagu kebangsaan, Negaraku.

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 47, mencuri perhatian ramai apabila nyanyiannya sebelum perlumbaan MotoGP bermula dikatakan sangat merdu dan berjaya memukau ramai, sekali gus video yang nyanyian beliau tular dalam media sosial.

Momen bersejarah tersebut turut disaksikan barisan pelumba elit antarabangsa, para orang kenamaan termasuk kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bukan sahaja nyanyian, penampilannya dengan busana tenun berwarna biru dan lengkap berselendang turut mengundang pujian ramai kerana membawa identiti Malaysia di mata dunia.

Hasil tinjauan dalam media sosial, rata-rata mengakui terpukau dengan nyanyian ibu kepada dua cahaya mata selain menyifatkan sebagai versi Negaraku terbaik pernah didengar.

“Lepas ini, kalau ada lagu Negaraku, nak menyanyi versi ini.

“Siti mungkin kena rekod Negarku versinya sendiri, sedap dan meremang dengar.

“Dia menyanyi atau berpuisi? Sedap sangat,” puji netizen.

MotoGP Malaysia berlangsung sejak 30 Oktober dan berakhir hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Sedap sangat’ – Negaraku versi Siti Nurhaliza ‘meremang’ di MotoGP appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved