
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Pasti semua orang tahu kalau merokok bukan sahaja bahaya untuk diri sendiri, tapi orang sekeliling pun boleh terkesan.
Oleh sebab itu, di Malaysia, larangan merokok dikuatkuasakan di merata tempat terutamanya kawasan awam termasuk restoran demi menjaga kesihatan rakyat.
Bahkan, pengangkutan awam serta bas persiaran atau bas ekspres turut melarang penumpang daripada merokok.
Tular pemandu tegur warga emas merokok dalam bas
Pun begitu, baru-baru ini tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki warga emas didakwa merokok di dalam sebuah bas ekspres.
Perkara itu menjadi tular selepas pemandu bas berkenaan bertindak merakam semasa dia menegur warga emas terbabit.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @bckupacc99, kejadian dikatakan berlaku ketika bas terbabit sedang bergerak menuju ke sebuah destinasi.
Warga emas kantoi isap rokok melalui CCTV dalam bas
Difahamkan, selain bau yang dihidu, pemandu berkenaan mendapati individu terbabit menghisap rokok menerusi rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam bas tersebut.
Kelihatan warga emas terbabit hanya akur dengan teguran yang diberikan oleh pemandu tersebut dan meminta maaf.
Bukan hanya merokok, warga emas berkenaan juga didapati membasuh tangannya di dalam bas sehingga menyebabkan bahagian lantai menjadi basah.
🤦♂️ pic.twitter.com/fZGDaTRldQ
— ًِ (@bckupacc99) September 25, 2025
Netizen kecam warga emas merokok dalam bas
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan warga emas itu kerana merokok di dalam bas yang boleh membahayakan kesihatan penumpang-penumpang lain.
Tidak hanya itu, ada juga yang memuji pemandu bas terbabit kerana masih menegur dan bukannya terus menghalau warga emas terbabit.
jangan cakap hal kecik sebab aku memang sensitif dgn asap rokok. tolong la hormati org lain gak. sekian
— Anya. (@wahedaaa143) September 25, 2025
Baik gila abang drebar ni kalau aku dah kena penampar kelantan dah se das
— Che Dom Ridhwan (@Che_Dom) September 25, 2025
mujur bersuara, kasi chance dulu, kalo buat lagi sekali, tinggalkan dia tepi jalan wkwk
— SS 📸🇲🇾🇹🇷 (@TKsevgilim) September 26, 2025
Smoking in the air conditioning space in 2025 is rare. Ingat dia pergi clubbing ke?
— JACKie (@codey_lim) September 25, 2025



