Sederet empat buah kedai musnah terbakar di Jitra

17 Mar 2025 • 8:36 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Orang ramai menyaksikan premis perniagaan yang terbakar di Jalan Changlun, Jitra malam tadi. Foto FB Pasukan Bomba Sukarela Kilang Tebu

image is not available
Pasukan bomba memadamkan kebakaran.

ALOR SETAR - Empat premis perniagaan berhampiran sebuah restoran makanan segera di Jalan Changlun, Jitra musnah dalam kebakaran malam tadi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Abd Fataf Amdan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.13 malam sebelum tiba di lokasi tiga minit kemudian.

"Sebaik tiba, bomba mendapati kebakaran melibatkan empat premis perniagaan jenis kekal. Anggaran kemusnahan bagi kesemua premis itu adalah antara 15 hingga 95 peratus, bagaimanapun ia tidak melibatkan mangsa.

**media[3048658]**

"Sebanyak 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra dan BBP Bukit Kayu Hitam dengan bantuan daripada beberapa Pasukan Bomba Sukarela (PBS) telah melakukan kerja-kerja pemadaman dengan menggunakan kaedah tiga aliran empat pancutan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata kebakaran dapat dikawal pada 9.35 malam dan operasi telah ditamatkan sepenuhnya pukul 1.11 pagi. - Bernama