Sederhana buat persiapan sambut Aidilfitri: Shahelmey

22 Apr 2023 • 1:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PUTATAN: Umat Islam disaran bersederhana dalam membuat persiapan Aidilfitri.

Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, umat Islam adalah disaran untuk lebih bijak dan berhemah berbelanja ketika membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

“Dengan kelembapan ekonomi semasa dan peningkatan kos sara hidup, mengamalkan kesederhanaan dalam membuat persiapan menyambut syawal adalah amatlah disarankan.

“Berbelanjalah dengan berhemah kerana dalam keceriaan menyambut perayaan ketika ini perlu ada rasa berhemah.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Bersamalah kita meraikan Aidilfitri pada tahun ini dengan rasa penuh kesyukuran dan dalam masa yang sama juga bersederhana dan elakkanlah pembaziran dalam merayakannya,” ujar beliau.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya turut mengingatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mengutamakan keselamatan sepanjang musim perayaan.

“Sebelum memulakan perjalanan terutama ketika balik ke kampung atau menghadiri rumah terbuka sentiasa pastikan keadaan kenderaan berada dalam keadaan baik.

“Selain daripada itu, pastikan juga keadaan diri masing-masing terutama pemandu kenderaan agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan segar.

“Sekiranya terasa penat berhentilah seketika di tempat yang selamat agar keadaan fizikal kekal segar dan cergas terutama ketika melakukan pemanduan yang jauh dan diharap agar semuanya selamat sampai pergi dan balik ke destinasi yang dituju,” jelasnya.

Beliau ditemui media pada Majlis Rukyah Hilal Syawal Negeri Sabah 2023 di Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dekat sini, pada Khamis.

Pada majlis tersebut, sembilan petugas menganggotai Jawatankuasa Rukyah Hilal Negeri Sabah 2023 yang diketuai Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

Tambah Bungsu, cerapan anak bulan Syawal di Balai Cerap Al-Biruni pada tahun ini bermula jam 6.23 petang hingga 6.32 petang dengan ketinggian hilal (anak bulan) 1° 44 minit 5 saat dengan tempoh masa di atas ufuk selama 9 minit.

“Proses cerapan sama turut dijalankan serentak di 29 lokasi lain seluruh Malaysia dan keputusannya akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,” katanya.

Turut membuat cerapan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif serta Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.