“Sedih Sangat, Nak Tulis Pun Tak Boleh” – Linda Rafar Umum Keluar Elite

LocalEntertainment
30 Oct 2025 • 3:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi Linda Rafar mengejutkan ramai apabila secara tiba-tiba mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan Elite, tanpa menjelaskan punca sebenar keputusan tersebut.

Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abd Rafar, 47, berkata keputusan itu dibuat dengan berat hati, sambil memohon maaf kepada rakan kumpulan dan peminat.

image is not available

Hanya kepada Allah aku berserah. Maafkan Linda jika tak dapat bersama Elite lagi.

Sedih sangat, nak tulis pun tak boleh. Moga Allah kuatkan Linda dalam apa juga keadaan.

Pengumuman itu mengejutkan peminat kerana Linda sebelum ini baru sahaja beraksi bersama empat anggota Elite lain dalam konsert Elite Live 25 di Plenary Hall, KLCC pada 20 September lalu.

Walaupun tidak menjelaskan sebab sebenar, tindakan tersebut dipercayai berpunca daripada tekanan emosi akibat dikecam netizen sebelum ini.

Linda pernah dikecam berhubung busana yang dipakai pada majlis pengumuman konsert, yang menyebabkan beliau hampir menarik diri daripada acara berkenaan.

Akibat tekanan tersebut, Linda pernah mendedahkan dirinya mengalami keresahan (anxiety) dan hilang selera makan.

Menerusi ruangan komen, ramai pengikut dan rakan artis tampil memberikan sokongan moral, menyifatkan langkah itu sebagai terbaik untuk kesihatan mentalnya.

Selain Linda, kumpulan Elite yang ditubuhkan oleh KRU Records pada tahun 1995 turut dianggotai oleh Abby Abadi, Azza Zawari, Sasha Saidin dan Watie Sadali.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-10-29 19:42:37

'Kontroversi Bekas Isteri Tular, Bendahari Pemuda BN Shahrul Nasrun Direhatkan Sementara' - Akmal Saleh