“Sedih tengok ketupat rendang tu” – Mangsa Nahas Dalam Perjalanan Pulang Kampus Lepas Cuti Raya

9 Jun 2025 • 12:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam nahas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, awal pagi tadi dilaporkan sedang dalam perjalanan untuk pulang ke kampus mereka selepas bercuti Hari Raya Aidiladha.

Ketika media berada di lokasi kejadian, situasi agak sebak apabila dapat dirakam bungkusan berisi ketupat palas dan rendang milik salah seorang mangsa.

image is not available

Menerusi hantaran Facebook Utusan Online, dipaparkan keadaan dalam bas yang musnah dan berselerak dengan barang-barang milik mangsa, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih mereka apabila terlihat bungkusan makanan raya yang masih elok lagi berada di lokasi kejadian.

image is not available

 

Sebak tengok bekalanan makanan raya – Netizen

image is not available image is not available

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Datuk Satiful Bahri Mamat, majoriti penumpang dalam bas tersebut merupakan anak-anak Terengganu yang pulang ke kampus selepas bercuti.

Oleh itu, beliau menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu akan turut salurkan bantuan kebajikan dan khidmat kaunseling serta sokongan psikososial kepada keluarga serta rakan-rakan mangsa.

“Saya telah mengarahkan jabatan serta agensi berkaitan untuk menyelaras segala urusan dengan pihak universiti, hospital serta kerajaan Persekutuan bagi memastikan setiap mangsa dan waris menerima bantuan sewajarnya.”

“Kami menyeru seluruh rakyat Terengganu dan Malaysia untuk sama-sama menadah tangan mendoakan semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada dan orang yang soleh.”

Selain itu, beliau turut berharap akan mangsa yang mengalami kecederaan akan sembuh dengan kadar segera.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.