“Sedihnya” – Netizen Sebak Lihat Harimau Belang Maut Dipercayai Dilanggar Kereta

Entertainment
16 May 2024 • 1:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Harimau Malaya atau dikenali sebagai Harimau Belang merupakan subspesies harimau yang hanya didapati di Semenanjung Malaysia, dianggarkan terdapat hanya 200 ekor harimau ini yang hidup liar.

Harimau belang ini sangat sinonim dengan negara kita sehinggakan ia menjadi simbol dalam jata negara kita.

Seekor harimau belang ditemui mati selepas dipercayai dilanggar sebuah kereta di KM50.8 arah Kuala Lumpur Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Lentang, Bentong, lewat malam tadi.

Menurut laporan Buletin TV3, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang, Rozidan Md Yasin berkata, pihaknya difahamkan harimau berkenaan dilanggar kereta jenis Proton Persona kira-kira jam 1.23 pagi tadi ketika cuba melintas lebuh raya terbabit.

Sebuah video yang didakwa rakaman dashcam kemalangan itu tular semalam di media sosial dan sudah pastinya membuatkan ramai netizen sebak.

image is not available

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura berkata beliau sudahpun mengutarakan masalah ketiadaan lampu jalan di lebuh raya tersebut namun masih belum diluluskan.

“Dah banyak kali saya bangkitkan dalam parlimen kita nak lampu jalan di sepanjang highway Karak tu, kalau tengok dari terowong Genting Sempah ke Gombak terang benderang, tapi area Bentong gelap gelita.

Dah la selekoh dan naik turun bukit. Yang bawa laju satu hal, tapi lampu jalan pun kita perlu,” tulisnya dalam ciapan.

Difahamkan, harimau berkenaan dianggarkan berumur empat tahun berdasarkan saiz tubuh dan tapak kaki haiwan berkenaan. Pak Belang itu dipercayai menjadikan Hutan Simpan Bukit Tinggi sebagai habitat semulajadi.

Sumber: Buletin TV3, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.