Segari, Lekir antara lokasi berpotensi dibangunkan Politeknik AI

LocalTechnology
25 Oct 2026 • 8:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Segari, Lekir antara lokasi berpotensi dibangunkan Politeknik AI

LUMUT – Segari dan Lekir merupakan kawasan yang berpotensi di daerah Manjung bagi dibangunkan Politeknik AI pertama negara.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, hasrat untuk membangunkan politeknik berkenaan telah pun dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

“Ya, kita telah pun masukkan dalam RMK13 dan ia akan mulai dimasukkan dalam kerja-kerja awal kita iaitu untuk Rolling Plan Ketiga.

“Maksudnya untuk tempoh RMK13 kita ada lima tahun dan mulai tahun hadapan semakan awal akan dibuat termasuk dari segi permohonannya, dari segi perbelanjaannya serta peruntukan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau hadir merasmikan Majlis Pelancaran Lunak Pusat Kecemerlangan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Excellence Pangkor di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya telah mengenal pasti kawasan untuk dibangunkan politeknik berkenaan, antaranya segari dan Lekir di Manjung.

“Harapan kita, ia akan dapat dilaksanakan dengan pelan yang baik. Politeknik AI ini khusus dalam bidang-bidang berkaitan dengan kecerdasan buatan (AI) dan juga bidang-bidang teknikal yang lain,” katanya.

Mengulas tentang PSH Excellence Pangkor, katanya, penubuhannya merupakan satu langkah strategik untuk merapatkan jurang akses kepada latihan kemahiran.

Katanya, ia di samping memperkukuh hubungan antara institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), industri dan komuniti setempat. – KOSMO! ONLINE

The post Segari, Lekir antara lokasi berpotensi dibangunkan Politeknik AI appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved