
Usahawan sensasi, Kak KM atau Liana Rosli dilihat tidak kisah berhabis puluhan ribu demi membeli sejadah berkualiti.
@alaqsacarpets Ingat Kak KM beli boleh beli handbag mahal je! Sejadah pun kene mahal! Al Aqsa Carpets Factory Outlet Store, Seksyen 36, 40470, Shah Alam #alaqsacarpets #aqsafurniture #carpet #artificialgrass #vinylfloor
♬ original sound - Al Aqsa Carpets - Al Aqsa Carpets
Tak kisah berhabis puluhan ribu?
Menerusi perkongsian video di akaun TikTok alaqsacarpet, Kak KM dilihat sedang membayar sejadah yang diborong dan selebriti, Dazrin Kamaruddin memaklumkan harga sejadah yang telah dibeli oleh usahwan itu.
“Orang dah beli RM50,000. Tak kan tak tunjuk?
“Dia bukan saja beli beg tangan mahal, sejadah pun mahal,” ujar Dazrin.
Tak kisah berhabis beli sejadah
Dalam video tersebut juga KM sempat berseloroh mengatakan beg tangan yang berharga RM60,000 mampu dibeli, jadi sejadah dengan harga berkenaan tidaklah menjadi masalah.
“Kita ini merendah diri.
Beg tangan boleh beli RM60,000, tak kan sejadah RM6,000 tak boleh beli?,” katanya.


Walau bagaimanapun, perbualan ringkas tersebut tidak menjelaskan sama ada usahawan terbabit benar-benar membeli sejadah dengan harga yang dinyatakan atau sekadar konten pemasaran.
Sumber: TikTok alaqsacarpet


