Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus amat terkenal dengan dakwahnya yang berunsur humor dan sentiasa disenangi masyarakat. Setiap kali melakukan jelajah kuliah seluruh Malaysia, pasti masjid atau surau akan dibanjiri dengan jumlah jemaah yang ramai.
Bagaimanapun kenyataan seorang pengguna Threads mengenai penyokong UAI baru-baru ini telah mendapat kecaman ramai.
Dakwa pengguna Threads yang selalu mengulas tentang hukum dan syarak agama itu, ramai penyokong yang menganggap UAI seperti sebuah berhala.
Bukan Sahaja Sifatkan UAI Berhala, Tetapi Turut Dakwa Bawa Ajaran Sesat
Tambahnya, ramai lagi agamawan yang mengajar tentang agama Islam namun ramai yang memilih untuk hanya mendengar dan menerima pandangan daripada UAI sahaja.
Pengendali akaun tersebut turut menggelar penyokong-penyokong terbabit sebagai sebuah kelompok “kultus” yang menyebarkan ajaran sesat.
“UAI ni dah macam berhala bagi pentaksub. Macam UAI seorang je pula ajar agama. Kultus. Ajaran sesat apalah yang diorang bawa ni,” dakwanya.
‘Ini Fitnah Dalam Agama, Kaji Hukum Fiqh Tapi Tak Jaga Pertuturan’ – Netizen
Kenyataan terbabit kemudiannya telah mendapat kecaman ramai netizen. Seorang wanita dikenali sebagai El Haura berkata tuduhan tersebut merupakan satu unsur fitnah terhadap UAI dan juga penyokong-penyokong pendakwah itu.
“Ini yang dimaksudkan fitnah dalam agama. Mengaku mengkaji segala hukum feqah, tetapi pertuturan dan pemikiran tidak seiring.
“Apabila ideologi dan politikal berbeza, automatik menyimbah kata-kata nista. Kemudian padam (posting). Habiskan belajar tu dulu dik. Yang sembah UAI ni siapa?” soalnya.
View on Threads
Semakan kami mendapati hantaran berkenaan dimuat naik sebagai respon terhadap satu perkongsian yang ditulis oleh seorang pengguna Threads lain yang memetik posting mengenai ketibaan Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof Dr Ali Muhyiddin Al-Qaradaghi di Malaysia untuk beberapa program agama di Kompleks Sri Perdana pada Isnin lalu, 23 November.
Salah satu program yang dianjurkan ialah Persidangan Kewangan Islam dan Majlis Ilmu MADANI.
Difahamkan kedatangan Prof Dr Ali Muhyiddin Al-Qaradaghi tiba di Malaysia adalah atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
View on Threads
“Sejahil-jahil Kita, Jangan Anggap Tubuh Agamawan Sebagai Berhala” – Netizen
Ada juga yang tidak bersetuju apabila penceramah bebas itu disamakan dengan patung berhala yang merupakan objek sembahan agama lain.
“Sejahil-jahil kita macam mana pun, janganlah sesekali anggap seorang tubuh agamawan itu sebagai berhala.
“Masih sempat lagi nak minta maaf dan bertaubat… Ni dah macam tunggang nama “bertauhid.” Kalau (akaun) peribadi tak apa lagi kau nak bersuara,” kata seorang lelaki.
Lelaki Nafi Dakwa UAI Bawa Ajaran Sesat
Tidak kurang juga ada segelintir yang bertanya mengapa dia mendakwa UAI membawa ajaran sesat. Namun lelaki terbabit menjelaskan bahawa kenyataannya tidak bermaksud sebegitu.
“Siapa kata UAI bawa ajaran sesat? Ayat simple pun tak boleh nk faham? Ada masalah komprehensi sungguh korang ni.
“Luaskan cara berfikir tu, bukak ruang sikit untuk otak berfikir,” katanya.
View on Threads
‘Berbeza Pandangan Itu Biasa, Jaga Lisan & Elak Fitnah Adalah Tuntutan’ – Pengguna Threads
Sementara itu, seorang wanita berkata setiap manusia mempunyai kebebasan untuk bersuara atau mempunyai pandangan sendiri tentang sesuatu perkara, namun ia tidak sepatutnya dijadikan tiket untuk berkata-kata buruk mengenai seseorang.
“lmu agama sepatutnya menjadikan kita lebih beradab, bukan lebih mudah menghukum. Berbeza pandangan itu biasa, tetapi menjaga lisan dan mengelakkan fitnah tetap satu tuntutan,” katanya.
Berikut antara komen-komen netizen yang lain:






Baca Artikel Berkaitan: Apa Hukum Buat Aktiviti Ekstrem Seperti Bungee Jump, Ini Penjelasan UAI [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Harta Yang Tak Diguna Akan Dihisab? Ini Penjelasan UAI [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Video AI Hari Pertama Dalam Neraka: Boleh Murtad Jika Orang Islam ‘Menganjing’ Hukum Allah – UAI [Video]

![Isu Konsert The Weeknd: “Islam Tak Boleh Kompromi Hal Dosa, Perlu Bersuara Walau Di Media Sosial” – UAI [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/11/Isu-Konsert-The-Weeknd_-Islam-Tak-Boleh-Kompromi-Hal-Dosa-Perlu-Bersuara-Walau-Di-Media-Sosial-UAI-Video.jpg?t=1794386658)