“Sejajar dengan usia, kita semakin berumur, bukan makin muda”- Penampilan Terkini Tarik Perhatian Ramai, Ini Respons Zizan Nin

EntertainmentLifestyle
10 Jan 2026 • 10:45 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, penampilan terkini pelakon, Zizan Nin telah menarik perhatian ramai terutamanya peminat industri hiburan dan drama Melayu kerana ramai yang mengatakan mereka tidak mengecam Zizan Nin setelah melihat penampilan terkini pelakon yang membintangi drama Rafflesia dan Spa Q itu yang popular di kaca televsiyen suatu ketika dahulu.

Terkini, Zizan Nin yang kini berusia 52 tahun telah memberikan respons beliau susulan isu penampilan terkininya itu.

Menerusi platform media sosial Threads, Zizan Nin mengatakan penampilannya itu sejajar dengan usianya kerana sebagai manusia, umur kita semua saban tahun akan meningkat dan bukannya menjadi semakin muda.

Artikel berkaitan: Pempengaruh Nafi Hina Fizikal Pembantu Rumah, Tampil Beri Penjelasan Isu Video Tular Anak Jatuh

image is not available

Dalam masa yang sama, Zizan Nin turut berdoa agar dirinya terus diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT dan dipanjangkan usianya serta dapat menjadi warganegara yang berguna.

Sumber: Threads Zizan Nin

Sumber: Threads Zizan Nin

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved