
Kota Kinabalu: Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Penampang, Senator Datuk John Ambrose berkata peningkatan 574,120 pengundi baharu di Sabah dalam tempoh hanya empat tahun sejak pilihan raya lalu adalah mustahil.
Beliau berkata, amat mengejutkan terdapat lebih 16,000 kaum India berdaftar sebagai pengundi di kawasan Kudat sahaja.

