Sejak dua tahun lalu! Syabu lebih RM70 juta diseludup melalui dua pangkalan TUDM

LocalPolitics
26 Nov 2026 • 11:50 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kegiatan penyeludupan dadah menerusi dua pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sabah dikesan membabitkan tiga tan syabu dengan nilai keseluruhan melebihi RM70 juta sejak dua tahun lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, hasil risikan mengenal pasti sebanyak 21 transaksi penyeludupan dadah menerusi Pangkalan TUDM Tawau dan Pangkalan TUDM Labuan.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, 14 transaksi direkodkan di Labuan, manakala tujuh lagi membabitkan Tawau.

“Sebanyak tujuh transaksi dengan syabu seberat 1.8 tan, membabitkan nilai RM9.3 juta (diseludup keluar dari) sel Tawau.
“Di Labuan pula, sebanyak 14 transaksi sudah berlaku sejak Ogos 2024, membabitkan syabu seberat 1.2 tan dengan nilai RM63 juta,” katanya.
Image from: Sejak dua tahun lalu! Syabu lebih RM70 juta diseludup melalui dua pangkalan TUDM

Foto arkib: Bernama

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Manndzri Nasib (BN-Tenggara) pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Manndzri sebelum itu meminta kerajaan memperincikan hasil risikan berhubung kegiatan sindiket penyeludupan dadah berkenaan yang didakwa sudah beroperasi sejak sekian lama.

Sumber: Harian Metro (Muhammad Yusri Muzamir)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved