“Sejam tak bergerak” – Netizen Minta Anthony Loke Selesaikan Isu KTM ‘Sidai’ Penumpang

Cars
18 Oct 2023 • 12:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kenderaan awam seperti bas dan kereta api menjadi salah satu kemudahan paling banyak digunakan dalam kehidupan seharian. Ianya menyenangkan kita untuk pergi ke sesuatu tempat kalau tak ada kenderaan sendiri.

Namun, yang menjadi susahnya bila kenderaan awam tersebut asyik saja alami kerosakan yang menyulitkan penumpang. Macam baru-baru ni, bekalan elektrik KTM telah terputus menyebabkan penumpang terkandas lebih sejam di stesen Batang Benar.

image is not available

Perkara itu diluahkan seorang pengguna X, di mana dia merupakan salah seorang penumpang yang terlibat. Tambahnya, dia langsung tak jumpa apa-apa peningkatan yang dilakukan mengenai isu elektrik KTM ni.

“Bagaimanapun, sebagai pengguna tetap KTM sejak tiga tahun lalu, saya mendapati tiada sebarang penambahbaikan terhadap isu elektrik”

Pada masa yang sama, dia turut tag Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke dalam posting tersebut untuk selesaikan masalah ni. Walau bagaimanapun, komuter masih tidak bergerak sampaikan dia ambil keputusan untuk teruskan perjalanan tanpa gunakan kenderaan awam tu.

Dia juga berharap pihak KTM untuk lakukan sebarang kemajuan demi keselesaan perkhidmatan komuter itu pada masa hadapan.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen lain turut berharap supaya tindakan untuk memperbaiki isu ini segera dijalankan bagi mengelakkan masalah yang sama berulang lagi.

image is not available

image is not available

image is not available

Sumber: X

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.