
Pelakon Catriona Ross menyuarakan pendapatnya mengenai tindakan individu bertanyakan soalan peribadi terutama soal jodoh kepada orang yang belum berkahwin atau bercerai. Menerusi hantaran di Threads, Catriona beranggapan tindakan individu yang menjadikan soalan itu topik untuk dibualkan secara umum adalah biadab. “Sejujurnya, saya rasa ia biadab untuk tanya orang secara terus ‘bila nak kahwin?’. Tak kisah la orang itu belum pernah kahwin atau dah bercerai. “Ia bukan satu topik untuk dibualkan secara umum. Ia akan buat orang itu rasa dimalukan juga,” kongsi Catriona. Pada perkongsian yang sama, Catriona juga mempersoalkan hak seseorang yang ingin bertanyakan soalan peribadi. “Kenapa kita rasa kita berhak untuk bertanyakan soalan peribadi seperti tiada apa? Bincangkan,” tanya Catriona. Rata-rata wargamaya turut bersetuju dengan pendapat Catriona selain juga menganggap soalan melibat soal anak juga menjadi satu topik sensitif untuk setengah pihak. Sumber - Threads



