Kalau tidak rapat, jangan normalisasikan tanya soalan terlalu peribadi – Farahdhiya

28 Oct 2026 • 4:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kalau tidak rapat, jangan normalisasikan tanya soalan terlalu peribadi – Farahdhiya

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya menegur tindakan sesetengah individu yang gemar mengasaknya dengan soalan berkaitan jodoh meskipun tidak terlalu akrab.

Menurut Farahdhiya, setiap individu seharusnya menjaga batas atau bersikap sensitif sebelum bertanya tentang perkara peribadi seseorang.

“Pendapat saya, kalau tidak kenal rapat, tidak perlu tiba-tiba secara spontan tanya soalan seperti ‘Kenapa tidak kahwin lagi?’, ‘tidak mahu kahwinkah?’, ‘Tiada orang mahukah?’. Sebab yang kenal rapat pun memang tidak akan tanya soalan seperti itu.

“Lagi satu, soalan ‘Takkan tiada orang nak?’ Biar betul? Takut kalau saya letak senarai orang yang pernah cuba saya, nama teman lelaki atau suami awak pun ada sekali,” katanya di Threads.

Bagai tidak selesa kisah peribadinya terus menjadi sorotan, penyanyi lagu Bertakhta Di Hati itu berharap tindakan sedemikian tidak terus dinormalisasikan, sebaliknya mendoakan yang baik-baik buatnya.

“Jadi, jangan normalisasikan tanya soalan yang terlalu peribadi. Kalau awak betul-betul prihatin sekadar doa yang baik-baik pun kita dah cukup gembira dan bersyukur sangat,” ujarnya.

The post Kalau tidak rapat, jangan normalisasikan tanya soalan terlalu peribadi – Farahdhiya appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved