Sejumlah Perkhidmatan Maybank Akan Tergendala Buat Sementara Waktu Pada 16 & 17 November 2024

TechnologyDigital
13 Nov 2024 • 11:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dimaklumkan bahawa Maybank akan menjalankan kerja penyelenggaraan sistem secara berperingkat pada Sabtu, 16 November 2024 dan Ahad, 17 November 2024. Sehubungan itu, beberapa perkhidmatan utama yang melibatkan akses ke sistem berkenaan akan tergendala buat sementara waktu diantara jam 12:00 tengah malam hingga 7:00 pagi pada tarikh-tarikh yang dinyatakan.

image is not available

Antara perkhidmatan yang terlibat seperti Maybank2u, perbankan mudah alih Maybank2u serta ATM dan Terminal Layan Diri (SST). Justeru, pengguna dinasihatkan untuk melakukan pelbagai urusan perbankan sebelum gangguan berlaku. Pada masa sama Maybank memohon maaf terhadap kesulitan yang timbul susulan proses kerja penyelenggaraan berperingkat ini. Untuk maklumat lanjut atau bantuan, pengguna boleh terus menghubungi Maybank di talian 1-300-88-6688 (Malaysia).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved