“Sek kito jange pecoh”- [VIDEO] Ramai Puji Lelaki Bangsa Cina Ini Nyanyi Lagu Rap Dalam Loghat Kelantan

Entertainment
14 Jan 2024 • 12:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki berbangsa Cina menyanyikan lagu rap dalam loghat negeri Kelantan.

Rata-rata warganet di platform media sosial X memuji lelaki yang dikenali sebagai Dennis itu menyanyikan lagu tersebut dalam dialek negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Difahamkan, lagu rap berkenaan telah dikongsikan menerusi YouTube Dennis pada Disember 2021.

Menerusi YouTube, Dennis mengatakan lagu rap dialek Kelantan yang bertajuk My Home Kelate itu ditulis kerana sebagai orang Kelantan, dia sering ditanya dengan pelbagai soalan seperti “Kelantan ada lapangan terbang ke?” dan “Korang cuma ada lembu saja ke?” serta banyak lagi oleh orang negeri lain.

Jadi, lagu rap tentang negeri Kelantan yang dinyanyikan dalam dialek Kelantan itu ditujukan untuk memberi tahu penduduk negeri lain tentang kehidupan di Kelantan.

image is not available

Dalam video muzik lagu rap itu juga, mereka telah berkongsi beberapa lokasi popular di Kelantan.

image is not available

Rata-rata pengguna media sosial juga memuji lagu itu kerana ia sangat catchy apabila didengar.

Kalau korang tak faham dialek Kelantan yang disebut dalam lagu rap ini, jangan risau sebab terjemahan dan sari kata ada disediakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Yang penting, sek kito jange pecoh!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.