Sekarang waktunya saya maju ke depan – Farah Ahmad

EntertainmentLifestyle
11 Aug 2026 • 9:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sekarang waktunya saya maju ke depan – Farah Ahmad

PEJAM celik sudah tujuh tahun pengarah terkenal, Allahyarham Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau Pit Hanif pergi menghadap Illahi. 

Balu Allahyarham yang juga pelakon, Farah Ahmad sehingga sekarang tidak pernah terfikir untuk mencari pengganti arwah

Bagi Farah atau Nur Farahaizah Ahmad Zaharuddin, dia selesa dengan kehidupannya sekarang walaupun terpaksa membesarkan anak-anak tanpa kehadiran figura bernama ayah.

“Saya ada tanggungjawab untuk dipikul. Nampaknya memang setakat ini saya selesa bergelar ibu tunggal. Semua ok bagi saya.

“Pada saya, hidup harus diteruskan, yang berlalu, biar berlalu. Saya sudah melalui dan merasai kebahagiaan bersama arwah suami.

“Sekarang waktunya saya maju ke depan, melakukan perkara yang belum pernah saya lakukan. Saya sudah rasa semuanya, segala nikmat bersama suami yang Tuhan kurniakan dulu,” katanya.

Namun, kata pelakon berusia 48 tahun itu tidak menolak takdir jika ditentukan berumah tangga satu masa nanti. Soal jodoh, biarlah hanya Tuhan yang tentukan.

“Saya tak boleh nak menolak takdir, tak nak mengagak masa depan.  Risau nanti perkara itu memakan diri saya sendiri. Sekarang ini lebih baik saya beri tumpuan terhadap anak-anak, saya hanya mengharapkan yang diri saya sihat dan diberi kudrat untuk berkerja,” ujarnya.

Image from: Sekarang waktunya saya maju ke depan – Farah Ahmad

Allahyarham Pit ditemukan lemas selepas bot dinaikinya ketika memancing berdekatan Jambatan Gemunchur, Kampung Mela, dekat Lipis terputus dua.

Selain Farah, arwah yang juga anak seniwati tersohor, Datuk Fauziah Nawi meninggalkan tiga cahaya mata iaitu Dhia Farhana, Mhia Farhana dan Thia Farhana.

Bintang filem Mojoku Hilang ini meluahkan rasa syukur atas rezeki Tuhan lebih-lebih lagi apabila pelbagai tawaran lakonan mula menjengah kehidupannya.

Katanya, hanya Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya dia berkerja siang dan malam mencari rezeki demi membesarkan anak-anak.

“Saya ini bukanlah orang susah, tetapi bukan juga orang senang. Saya berkerja pagi petang untuk membahagiakan anak-anak saya. Ada waktu terluang, saya buat kraf tangan dan jual. 

“Saya membesarkan anak-anak tanpa bantuan sesiapa, orang nampak hidup kami anak beranak senang, tapi sebaliknya, saya bekerja separuh mati untuk memastikan ada makanan di atas meja,” kongsinya.

Dalam pada itu, Farah juga bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang memahami penat lelah dia dalam mencari rezeki untuk membesarkan mereka.

“Mereka anak-anak yang baik, yang faham bahawa rezeki tidak datang bergolek. Biarlah saya bekerja siang malam, asalkan saya sempurnakan Hasrat arwah bapanya yang mahu mereka berjaya khususnya dalam pelajaran.

“Saya percaya rezeki dan rahmat Tuhan itu lebih besar dari segalanya,” kongsinya.

Sementara itu, Farah memaklumkan dia baharu selesai mengikuti penggambaran drama 28 episod, Bulan Henti Bicara yang ditayangkan di Astro Ria selain menjadi pelakon dan guru lakonan untuk drama unifi TV Original, Secret Book Club.

“Alhamdulillah tahun ini ‘back to back’, saya harap tawaran berterusan, setidaknya adalah pendapatan untuk menanggung keluarga,” kongsinya.

The post Sekarang waktunya saya maju ke depan – Farah Ahmad appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved