Sekat akaun hak penerima jika pindah kredit eMadani

LocalBusiness & Finance
4 Dec 2023 • 10:26 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMadani. - Foto Awani

PUTRAJAYA - Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMadani.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan memaklumkan, langkah itu diambil jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Ujar kementerian tersebut, program eMadani diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

"MOF tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai," kata kementerian itu pada Isnin.

Menurut kementerian itu, kredit eMadani tidak boleh digunakan antaranya bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

"Ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit dan perniagaan di seluruh negara," katanya.

Justeru, orang ramai dinasihati untuk sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penebusan tunai atau pemindahan ‘peer-to-peer’ kredit eMadani oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMadani daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit mereka.

"MOF tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada perbuatan tersebut," katanya.

eMadani iaitu tawaran kredit tunai RM100 secara sekali bayar akan dibuka mulai hari ini hingga 20 Februari depan.

Ia akan memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa yang layak melibatkan peruntukan RM1 bilion.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved