
Sekitar 50K warga banjiri Konsert Rakyat yang bertapak di Padang Merdeka
Sekitar 50K Warga Banjiri Konsert, Netizen Pula Cadangkan Sarawak Untuk Jadi Host Event Besar Seperti Di KL. Ada yang merasakan Sarawak tidak mampu menjadi tuan rumah festival besar disebabkan oleh kesesakan lalu lintas yang teruk.
Inilah apa yang dikatakan oleh orang ramai. Walaupun demikian, Sarawak sudah mempunyai pengalaman dalam menganjurkan acara besar.

Kemeriahan acara tersebut juga membuat barisan artis turut merasa senang dan terharu
Baru-baru ini, Sarawak telah anjurkan satu acara terbesar bagi menyambut Hari Sarawak Merdeka Yang ke-60 Tahun dengan jumlah sekitar 50,000 orang yang turut memeriahkan acara tersebut.
Ini menunjukkan acara tersebut diterima dengan luar biasa oleh penduduk tempatan di Sarawak.

Banyak orang menganggap bahawa hanya Kuala Lumpur atau tempat-tempat popular lain sahaja yang boleh menganjurkan acara besar. Namun, seorang netizen berpendapat, “Saya rasa Sarawak patut menjadi tuan rumah banyak festival besar, bukannya KL atau tempat-tempat popular lain. Sarawak tidak dihargai, percayalah.”
A lot of people think Sarawak isn’t capable of hosting big festivals due to the high traffic.
— Clinton Jerome Chua (@ClintyCJ) July 23, 2023
We had a festival yesterday in Sarawak in honor of our Independence Day where the total capacity was 30K people present.
Not to mention, some of the LARGEST festivals was held in… https://t.co/OJ3LjmuYpL
i think Sarawak should handle many big festival instead of KL or other common popular places. Sarawak is underrated, trust me✋ (harap2 jalan highway semua n jalan samarahan dh siaplahh shhshsh) https://t.co/wAjzPzbu9b
— キッス (@fineapplejoo) July 23, 2023
Sarawak pernah menjadi tuan rumah beberapa festival terbesar, seperti Borneo Jazz, Rainforest, dan Sunbear Festival. Ini membuktikan bahawa Sarawak memang mampu dan berpotensi untuk menganjurkan festival atau acara besar.


