‘Volunteer’ Kutip Sampah Selepas Konsert, Warga Sarawak Dapat Pujian Netizen

24 Jul 2023 • 12:46 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Terbaik warga Sarawak!

‘Volunteer’ Kutip Sampah Selepas Konsert, Warga Sarawak Dapat Pujian Netizen. Dua hari lepas berlangsungnya konsert rakyat yang diadakan sempena sambutan ke-60 tahun di Padang Merdeka, Kuching.

Difahamkan, hampir 50 ribu pengunjung telah pun berhimpun di Padang Merdeka demi menyaksikan persembahan dari artis-artis ternama seperti Ungu, Dolla dan Joe Flizzow.

Disebalik kemeriahan konsert tersebut, ada satu peristiwa mengharukan yang dilakukan oleh pengunjung yang berada di situ sehingga kejadian itu tular di media sosial.

image is not available
‘Volunteer’ Kutip Sampah Selepas Konsert, Warga Sarawak Dapat Pujian Netizen. Kredit: DK MK

Berdasarkan perkongsian oleh DK MK di akaun Facebook miliknya, beliau berkongsi satu cerita di mana pengunjung yang hadir pada malam itu bersatu hati membersihkan seluruh Padang Merdeka secara sukarela.

image is not available

Menariknya, rata-rata ‘volunteer’ ini dilihat adalah anak muda yang sepakat membersihkan sekitar Padang Merdeka sejurus 10 minit selepas konsert tamat.

image is not available

Tindakan murni daripada mereka mula tular di media sosial sehingga mendapat ribuan pujian daripada netizen.

Berdasarkan komen netizen, rata-rata memuji sikap mereka yang secara sukarela membersihkan kawasan tersebut.

“Tindakan mereka ini wajar dijadikan budaya”

“Terbaik warga Sarawak”

image is not available

Tambah netizen, mereka tersentuh melihat situasi ini yang biasanya dilihat di negara Jepun.

Namun, situasi ini turut berlaku di bandar Kuching.

image is not available

Baca lagi artikel menarik: