Sekolah di Negeri Sembilan diarah tangguh aktiviti luar bilik darjah – JPNS

LocalEnvironment
6 Sep 2026 • 8:36 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Sekolah di Negeri Sembilan diarah tangguh aktiviti luar bilik darjah – JPNS

SEREMBAN – Keselamatan dan kesihatan murid menjadi keutamaan apabila semua aktiviti luar bilik darjah di sekolah seluruh Negeri Sembilan diarahkan ditangguhkan susulan situasi jerebu yang melanda ketika ini.

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) memaklumkan, langkah berkenaan dibuat selaras dengan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 1 Tahun 2019 berkaitan pengurusan sekolah ketika cuaca berjerebu.

Arahan itu dikeluarkan selepas mengambil kira bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan setakat jam 2 petang, Ahad.

Menurut JPNS, perkembangan semasa kualiti udara khususnya di Negeri Sembilan sedang diberikan perhatian bagi memastikan risiko terhadap murid, guru dan warga sekolah dapat diminimumkan.

“JPNS mengambil maklum situasi semasa jerebu yang melanda negara, khususnya di Negeri Sembilan.

“Aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta seluruh warga sekolah sentiasa menjadi keutamaan JPNS,” katanya dalam kenyataan media.

Dalam pada itu, semua pengetua dan guru besar turut diminta memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa serta mengambil tindakan sewajarnya mengikut tahap pencemaran udara di kawasan masing-masing.

JPNS menegaskan pemantauan berterusan penting bagi membolehkan pihak sekolah bertindak segera sekiranya keadaan kualiti udara berubah atau semakin merosot.

Langkah berkenaan juga bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan seluruh warga sekolah terus terpelihara sepanjang tempoh jerebu.

The post Sekolah di Negeri Sembilan diarah tangguh aktiviti luar bilik darjah – JPNS appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved