UPSI raih tempat ketiga pertandingan Perbarisan Hari Kebangsaan Perak

6 Sep 2026 • 3:00 PM MYT
Bazli Razak
Bazli Razak

Media Officer, Corporate Comm Division, Sultan Idris Edu University (UPSI).

Image from: UPSI raih tempat ketiga pertandingan Perbarisan Hari Kebangsaan Perak
Kontinjen kawad UPSI ketika melintasi pentas hormat di pekarangan Dewan Bandaran Ipoh, baru-baru ini. Photo credit: UPSI

IPOH – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meraih tempat ketiga dalam Kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT)/Sekolah pada Pertandingan Perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2026 yang berlangsung di pekarangan Dewan Bandaran Ipoh, baru-baru ini.

Kejayaan itu membabitkan kontinjen kawad UPSI yang terdiri daripada 55 anggota kakitangan universiti.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata pencapaian berkenaan membuktikan komitmen, disiplin dan semangat juang warga universiti dalam membawa nama UPSI di pentas negeri.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian kontinjen kawad UPSI yang berjaya membawa pulang tempat ketiga. Ini bukan sekadar kemenangan dalam pertandingan, tetapi cerminan disiplin, kesungguhan dan semangat kebersamaan warga UPSI.

“Saya merakamkan tahniah dan syabas kepada seluruh anggota pasukan serta Bahagian Komunikasi dan Korporat (BKK) yang sentiasa komited sebagai urus setia dan bertungkus-lumus dari awal hingga akhir bagi memastikan penyertaan UPSI saban tahun terus cemerlang dan memburu podium,” katanya.

Beliau berkata kejayaan itu juga selari dengan semangat Sambutan Hari Kebangsaan yang menuntut warga universiti terus memupuk nilai patriotisme, kesetiaan dan kecintaan terhadap negara.

“Teruskan semangat juang ini. Kita bawa nama UPSI dengan penuh kebanggaan, bukan sekadar di medan perbarisan, tetapi dalam setiap ruang dan usaha yang kita lakukan demi universiti dan negara,” ujar beliau.

Image from: UPSI raih tempat ketiga pertandingan Perbarisan Hari Kebangsaan Perak
Md Amin (kanan) bersama wakil kontinjen kawad UPSI pada sesi penyampaikan hadiah pada Majlis Penyampaian Hadiah Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak. Photo credit: UPSI

Sementara itu, Ketua Komandan Kawad UPSI, Hussaini Hussin berkata kejayaan tersebut hasil komitmen dan kerjasama erat semua 55 anggota pasukan yang memberikan sepenuh tenaga sepanjang menjalani latihan dan persiapan.

“Sebagai ketua komandan, saya amat bersyukur dan berbangga dengan pencapaian ini. Setiap anggota memberikan komitmen yang tinggi dan sanggup berkorban masa untuk memastikan persembahan pasukan berada pada tahap terbaik.

“Tempat ketiga ini menjadi pembakar semangat untuk kami memperbaiki kelemahan dan kembali dengan persediaan yang lebih mantap pada pertandingan akan datang,” katanya.

Pada pertandingan itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Taayah dinobatkan sebagai juara Kategori IPT/Sekolah, diikuti Sekolah Izzuddin Shah di tempat kedua, manakala UPSI di tempat ketiga.

Pertandingan berkenaan merupakan antara acara yang berlangsung sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2026 yang menyaksikan penyertaan pelbagai jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan, institusi pendidikan dan sektor swasta.

Keputusan pertandingan diumumkan pada Majlis Penyampaian Hadiah Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2026 yang disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, yang berkenan bercemar duli menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


Bazli Razak (bazli.razak@upsi.edu.my) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved