Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan ditutup esok

13 Oct 2026 • 5:45 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan ditutup esok

Semua sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ditutup esok susulan jerebu, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. Sekolah di negeri lain turut terlibat.

PUTRAJAYA: Semua sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ditutup esok (14 Okt), susulan situasi jerebu yang melanda negara.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata penutupan itu turut melibatkan sekolah di beberapa daerah di Selangor, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Di Selangor, sekolah terlibat ialah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat dan Sepang, manakala di Pahang melibatkan PPD Kuantan, Pekan dan Rompin.

Di Sabah, penutupan membabitkan sekolah di bawah PPD Tawau, sementara di Sarawak melibatkan PPD Serian, Sri Aman dan Lubok Antu.

“Sekolah di semua negeri dan daerah lain akan beroperasi seperti biasa.

“Sepanjang tempoh penutupan, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan, manakala guru serta Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dibenarkan bekerja dari rumah (BDR),” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Sebanyak 22 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 3 petang ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved