Sekolah diarah tutup akibat jerebu melanda Kalimantan Selatan

WorldEnvironment
25 Sep 2026 • 9:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sekolah diarah tutup akibat jerebu melanda Kalimantan Selatan

JAKARTA: Jerebu akibat kebakaran hutan dan tanah yang menyelubungi Sampit menyebabkan Pemerintah Daerah Kotawaringin Timur, Kalimantan Tengah meminta sekolah supaya tidak memaksa pelaksanaan pembelajaran secara bersemuka.

Pemangku Setiausaha Daerah Kotawaringin, Diana Setiawan menegaskan kesihatan murid dan tenaga pengajar perlu menjadi pertimbangan utama. 

Jika keadaan udara semakin buruk, sekolah diminta me­ngalihkan pembelajaran ke rumah.

“Jika jerebu terlalu tebal atau sudah menjejaskan kesihatan anak-anak kita, maka mereka wajib belajar dari rumah. Sekarang zaman digital, jadi mereka boleh bersekolah dari rumah,” kata Diana pada Khamis.

Menurut Diana, pemerintah daerah sebelum ini pernah mengeluarkan saranan supaya sekolah ditutup apabila kea­daan jerebu bertambah buruk. 

Namun, berikutan terdapat kekangan dalam pelaksanaannya, keputusan teknikal mengenai pembelajaran akhirnya diserahkan kepada setiap sekolah.

“Pemerintah daerah sangat mengambil berat mengenai kesihatan. Ketika itu, sempat dikeluarkan saranan oleh Ketua Pemerintah Daerah supaya sekolah ditutup, tetapi disebabkan terdapat kekangan dengan dasar tersebut, akhirnya kita serahkan kepada pihak sekolah,” katanya.

Indonesia kerap berdepan kebakaran hutan ketika musim kering yang lazimnya berlangsung dari Julai hingga Oktober.

Namun, kebakaran tahun ini lebih hebat, berlaku serentak dengan fenomena iklim El Nino yang dijangka menjadi paling kuat sejak rekod perbandingan seumpamanya mula dicatat empat dekad lalu.

Pakar-pakar turut menya­lahkan perubahan iklim, kemerosotan hutan selama beberapa dekad dan amalan pembersihan tanah secara tebang serta bakar telah me­ngubah landskap yang secara semula jadi tahan terhadap kebakaran. – AGENSI

The post Sekolah diarah tutup akibat jerebu melanda Kalimantan Selatan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved